Apakah anda ingin menegakkan sekeras-kerasnya bahawa yang miskin tidak boleh bergaul dengan yang kaya? Tidak kira anda miskin atau kaya, golongan yang membentuk satu garisan membahagikan yang kaya dan yang miskin adalah lagi hina dari yang tidak mengetahui apa-apa. Tidakkah anda terfikir untuk menghapuskan pembahagi strata tersebut, tidak bolehkah yang kaya ini tinggal bersebelahan dengan yang miskin? Kita sebagai ahli bijak pandai ini perlu mempunyai pemikiran yang bersolusi. Kaedah yang efisen dan efektif perlu dibentuk dan diterjemahkan kearah praktikaliti. Sebagai contoh membuat rumah yang berbagai-bagai di dalam satu kawasan yang mempunyai banyak golongan dan berkongsi fasiliti yang sama. Sebagai contoh Masjid atau Surau jika dikatakan dalam konteks kecilnya. Kita harus progresif dalam membudayakan sifat toleransi dalam membentuk satu jemaah yang berkerjasama. Tidak kira apa profesion, pangkat, darjat, umur, pendidikan atau lain-lain lagi, semua harus bekerjasama dalam sebuah SISTEM yang berinteraksi sesama sendiri. SISTEM ini harus dibuat dan di implentasikan dalam masyarakat sejagat. Meliputi konteks desa, pekan, bandar atau bandaraya, setiap sistem harus diselaraskan dalam setiap peringkat yang berbeza. Jika desa, ia harus menepati konteks kehidupan di desa. Baru saya teringat satu coretan dari sebuah filem lama iaitu Raja Bersiong (1968) lakonan Ahmad Mahmud yang berbunyi "Sedangkan sampah lagi berguna dari manusia" . Fikirkan sejenak dan cuba olah dari sudut positif.
Tuesday, March 2, 2010
Strata Sosial? Siapa punya kerja ini?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment