Apakah anda ingin menegakkan sekeras-kerasnya bahawa yang miskin tidak boleh bergaul dengan yang kaya? Tidak kira anda miskin atau kaya, golongan yang membentuk satu garisan membahagikan yang kaya dan yang miskin adalah lagi hina dari yang tidak mengetahui apa-apa. Tidakkah anda terfikir untuk menghapuskan pembahagi strata tersebut, tidak bolehkah yang kaya ini tinggal bersebelahan dengan yang miskin? Kita sebagai ahli bijak pandai ini perlu mempunyai pemikiran yang bersolusi. Kaedah yang efisen dan efektif perlu dibentuk dan diterjemahkan kearah praktikaliti. Sebagai contoh membuat rumah yang berbagai-bagai di dalam satu kawasan yang mempunyai banyak golongan dan berkongsi fasiliti yang sama. Sebagai contoh Masjid atau Surau jika dikatakan dalam konteks kecilnya. Kita harus progresif dalam membudayakan sifat toleransi dalam membentuk satu jemaah yang berkerjasama. Tidak kira apa profesion, pangkat, darjat, umur, pendidikan atau lain-lain lagi, semua harus bekerjasama dalam sebuah SISTEM yang berinteraksi sesama sendiri. SISTEM ini harus dibuat dan di implentasikan dalam masyarakat sejagat. Meliputi konteks desa, pekan, bandar atau bandaraya, setiap sistem harus diselaraskan dalam setiap peringkat yang berbeza. Jika desa, ia harus menepati konteks kehidupan di desa. Baru saya teringat satu coretan dari sebuah filem lama iaitu Raja Bersiong (1968) lakonan Ahmad Mahmud yang berbunyi "Sedangkan sampah lagi berguna dari manusia" . Fikirkan sejenak dan cuba olah dari sudut positif.
Tuesday, March 2, 2010
Strata Sosial? Siapa punya kerja ini?

Monday, March 1, 2010
Analisa Lagu Radiohead "No Suprises"
"No Surprises"
Jika mengikut jalan cerita sebenarnya, ia mengisahkan seorang karakter dalam perjalanan untuk meninggalkan dunia yang penuh dengan dugaan yang dicipta manusia sendiri. Walaupun hidup dalam keadaan yang selesa dan mewah, tetapi mati adalah pilihan utama untuk melepaskan diri dari tekanan.
Bagi pandangan saya, korus lagu berbunyi "no alarm, no suprises" (tiada penggera, tiada kejutan) mempunyai olahan yang universal. Dalam konteks universal itu boleh saya jelaskan bahawa gelanggang politik dunia dan apa jua perbadanan yang memainkan peranan dalam menyelamatkan dunia ini seakan-akan sebuah iklan pandu lalu yang mana ianya satu pesanan singkat. Statisitk dijadikan bukti palsu, penggera yang langsung tidak kedengaran. Walaupun mempunyai pertubuhan ekonomi hijau untuk menyelamatkan manusia dari pemanasan global, ahli-ahli politik ini masih lagi bermain wang untuk kepentingan masing-masing. Satu sistem sosial kearah kehijauan bagaikan pemanis mulut "A handshake of carbon monoxide". Wang didahulukan, rakyat hanya pasang telinga. Oleh itu, pelbagai bencana seperti tsunami di Aceh, ribut Katrina di US, gempa bumi di Haiti, dan Zionis Israel adalah satu olahan penggera kepada kejutan yang tidak langsung untuk mengejutkan manusia dari tidur "Bruises that won't heal" . Impak tersebut masih lagi menjadi luka yang kecil dan lama-kelamaan luka tersebut akan kekal dalam benak mangsa kejadian, bukannya kepada pemerhati. Banyak yang rakyat tidak tahu di sebalik bilik mesyuarat yang dihadiri 10 orang tetamu atau lebih, membincangkan apa dan menganggap setiap resolusi baru itu dapat disampaikan kepada berjuta-huta rakyat. Bagaimanakah kita mendapat kemerdekaan dengan senang? ada atau tidak satu perjanjian antara British dengan Malaya suatu ketika dahulu? bentuk perjanjian apakah itu? membiarkan budaya orang asing menguasai pemikiran generasi sekarang? kita tidak tahu dan tak akan tahu sampai bila-bila. "Silent, silent" . Manusia juga membentuk satu strata sosial yang tidak seimbang, apalagi kesalahan kita? Kita banyak terlepas pandang begitu sahaja. Keselesaan bagaikan kunci kepada sebuah pemikiran yang tidak prolifik. "Such a pretty house, such a pretty garden" . Duduklah mencangkung dan fikirkan baik-baik, di mana anda sekarang. Jika anda mengaku melayu, anda akan tahu dilemanya. Mencari kelemahan adalah lebih baik dari mencari kebaikan. "Please" . Sekali lagi, buka fikiran itu. Kritikan adalah satu proses ke arah kesempurnaan.
Ini lirik lagunya, sila hayati dan fikir-fikirkan.
A heart that's full up like a landfill
A job that slowly kills you
Bruises that won't heal
You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide
No alarms and no surprises X3
Silent, silent
This is my final fit, my final bellyache with
No alarms and no surprises X3
Please
Such a pretty house, such a pretty garden
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises please (let me out of here)
Subscribe to:
Posts (Atom)