Gambarrajah : makcik menjual sayur-sayur an di Pasar Siti KhadijahSeperti mana kehidupan seharian kita, kita mudah terlepas pandang, dimana perkara itu statik dan hanya sebuah objek pegun yang cantik, tetapi adakah kita tahu setiap pandangan mengolah persepsi yang berlainan. Dari situ pengolahan dan terjemahan setiap deria kita itu perlu untuk membentuk satu pemikiran yang matang. Dari objek yang menerang satu cerita kepada latar belakang objek yang menerangkan banyak cerita. Dari satu aktiviti manusia kepada kepelbagaian dalam latar belakangnya. Ergonomi tersebut perlu untuk satu tubuh badan yang sempurna dalam penceritaan dan persembahan seni tampak. Bagaikan satu tanggam yang merapatkan manusia pada pemikiran yang lebih meluas. Ini dikatakan "satu gambar=sebuah filem". Perlu kita fahami bahawa ia sebenarnya tidak boleh dikira, 1001 adalah satu slogan yang klise yang menyekat setiap pandangan pada hanya satu perkiraan. Oleh yang demikian, bukalah kelima-lima deria tersebut kepada satu lagi deria yang hebat iaitu "FIKIRAN".

No comments:
Post a Comment